Lepas benti sukan... badan naik bagai dipam2... nyampah lah tgk penimbang... sakit hati sakit mata... semua nya sakit... tapi nak wat macamana... janji sihat... ader jugak aku bersukan tapi lutut aku nie injured... dulu lah aktif sangat main futsal... nah sekarang... amik ko... lutut pun dah tak kuat... aku pun ader lah jugak main bolatampar n netball tapi biasa lah... benda tu semuakan main peranan lebih kat kaki... aku kalo dah lompat kalo boleh kena tletak kaki tu elok2... takut terpeleot... sakit wooo!!! nanti laki aku pun memekak... nanti kan dia mesti cakap... "dah tahu diri tu sakit... lagi nak terkinja-kinja... ma tu dah elok dok umah aje... ma gemuk ke kurus ke pa tetap sayang.. tak ader lah nak cari orang lain pun... " dan aku pun terus sentap... laki tak bagi sokongan... sedey... aku tahu kalo aku nie kurus kompom dia tak senang duduk... hahahaha (boleh ke puji diri sendiri??? ) sebab bini dia comey dari dia... hahahaha...(raya nanti kompom kena mintak maaf banyak nie...) lagipun laki aku kena aku masa tu kurus... n ramai peminat... hahahah tu yang takut kot kalo aku nie kurus... (korang mesti meluat membaca kan dengan ayat tu kan??? tapi ADA AKU KISAH... hehehehe...
sedang-sedang surf internet... aku tetiba terbaca pasal diet... DIET ATKINS... okey jugak tapi tekak aku nie tekak orang melayu macamana nak tinggalkan nasi??? cer bitau aku nie kengkawan... korang leh tinggalkan nasi tak??? nanti lah aku nie try tinggalkan.... nak kurus punyer pasal... maka terpaksa lah... dah "bengkak" sangat dah aku nie... tak leh jadi... korang cuba baca apa tu DIET ATKINS... mana lah tahu korang pun leh kurus jugak... sesama lah kita menguruskan badan yang 'bengkak' nie..
Atkins Diet ialah sejenis corak
pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu
seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep
pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan
makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan
mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan
mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi
kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah
mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Melalui low-fat diet, ada yang
tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka
mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan
berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan
roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula
selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana
kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa
lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang
lama.
Dr Atkin telah membuat kajian
mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang
mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan
protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam
keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA)
dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh
berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian
anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan ... macam memula korang masuk keje tu...) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance (korang ingat battery n kenderaan aje ada lifetime???)
Induction ialah peringkat terpenting
sekali dalam Diet Atkins kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak
pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini.
Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan
boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan
kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau
lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya
sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti
bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan
apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh
grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri,
terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau.
Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam
sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin
seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan
kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang diharamkan Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus
buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti
kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama
Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk
memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya,
badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu
sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram
atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan abis dalam masa 48
jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai
tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan
menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet
rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun
mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus
buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur,
makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut
mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau
karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet,
terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0
calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram
karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda
exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak
hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket.
Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus
betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja!
Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda
boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2
minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda
boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat.
Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan
berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram
sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram,
etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah
jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses
tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium
state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram
karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang
bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki,
terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak
daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh
roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa
tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi
Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak
sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam
dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula
Syarat-syarat Induction
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari
(saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan
sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan
sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam
9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari
sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan
dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0
gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu
ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak
atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati
memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang
disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau
sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan
anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah
kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit,
anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air.
Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu
berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram
karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram
karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina
dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak
mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan
terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps /
potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti
di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.
Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!
Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling
baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western
recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih
Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu
block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk
blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak
karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
Menu untuk makan kat luar
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh
order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang
bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan
lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza
Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan
kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging,
sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila
amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam,
ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat
badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat
tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda
akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh
teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula
tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap
diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk
elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan
tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program
ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program
ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab
dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.
Untuk buang air yang berlebihan tu,
kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang
kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti
yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan
air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau
kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti
lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa
yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong
yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau
kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air.
Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan
dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak
langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke
tandas.
Ramai yang ingin diet dengan memakan
buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi
kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang
berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan
disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet
dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan
lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar
untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang
penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat
bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan
tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan
sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk
meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan
walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan
tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan
seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan
malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk
makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan
ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu
keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan
atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber
vitamin dari sayuran atau buah-buahan.
Benda paling penting, buang tabiat
suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya,
kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk
makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu
lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa
yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar kopi, teh atau
sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan
sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan
gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari
minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.
Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada
sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan
seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk
mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang
disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa
beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.