Monday, November 12, 2012

DIET ATKINS.... (leh jalan ke kat aku nie...)

Lepas benti sukan... badan naik bagai dipam2... nyampah lah tgk penimbang... sakit hati sakit mata... semua nya sakit... tapi nak wat macamana... janji sihat... ader jugak aku bersukan tapi lutut aku nie injured... dulu lah aktif sangat main futsal... nah sekarang... amik ko... lutut pun dah tak kuat... aku pun ader lah jugak main bolatampar n netball tapi biasa lah... benda tu semuakan main peranan lebih kat kaki... aku kalo dah lompat kalo boleh kena tletak kaki tu elok2... takut terpeleot... sakit wooo!!! nanti laki aku pun memekak... nanti kan dia mesti cakap... "dah tahu diri tu sakit... lagi nak terkinja-kinja... ma tu dah elok dok umah aje... ma gemuk ke kurus ke pa tetap sayang.. tak ader lah nak cari orang lain pun... " dan aku pun terus sentap... laki tak bagi sokongan... sedey... aku tahu kalo aku nie kurus kompom dia tak senang duduk... hahahaha (boleh ke puji diri sendiri??? ) sebab bini dia comey dari dia... hahahaha...(raya nanti kompom kena mintak maaf banyak nie...) lagipun laki aku kena aku masa tu kurus... n ramai peminat... hahahah tu yang takut kot kalo aku nie kurus... (korang mesti meluat membaca kan dengan ayat tu kan??? tapi ADA AKU KISAH... hehehehe...

sedang-sedang surf internet... aku tetiba terbaca pasal diet... DIET ATKINS... okey jugak tapi tekak aku nie tekak orang melayu macamana nak tinggalkan nasi??? cer bitau aku nie kengkawan... korang leh tinggalkan nasi tak??? nanti lah aku nie try tinggalkan.... nak kurus punyer pasal... maka terpaksa lah... dah "bengkak" sangat dah aku nie... tak leh jadi... korang cuba baca apa tu DIET ATKINS... mana lah tahu korang pun leh kurus jugak... sesama lah kita menguruskan badan yang 'bengkak' nie..

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan ... macam memula korang masuk keje tu...) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance (korang ingat battery n kenderaan aje ada lifetime???)

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Diet Atkins kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang diharamkan Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.

2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).

4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.

7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.

9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.

10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.

11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).

12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan abis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.

2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.

2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.

3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.

2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:

1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.

2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.

2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.

2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.

2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.

3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.

4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.

5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.

6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).

2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.

3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

 Menu untuk makan kat luar
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Sunday, November 11, 2012

Budak kenit kedemaman...

Budak kenit n budak xreti dok diam nie demam.. Sian anak mama... Malam aje panas badan dia.. Siang okey aje.. Susu pun xnk minum sgt... Makan lagi lah... Nk tgk kartun aje.. Ubatnya paling mujarab.. kalo sihat kompom asyik wat keje aje... sekarang nie dok sibuk nak main air aje kat sinki... siap bawak kerusi kenit kesayangan dia... dok bukak air kat sinki... tadah tangan konon2 nak basuh tangan tapi sebenarnya nak main sabun!!

Friday, November 9, 2012

syukur alhamdulilah...

firstly syukur alhmadulilah dengan result UITM  yang baru dapat tadi... tak ader yang repeat... walaupun hati dan perasaan terasa macam akan ada paper yang repeat... alhamdulilah sgt2... terima kasih lah kepada suami, anak2, kedua-dua family... support mama yang paling penting... along sambung belajar nie balik sebab nak memenuhi impian mama... semoga impian mama tercapai... insya allah.. amin....(ada macam artis wat ucapan lepas dapat arwad tak???... jangan gelak... sengih aje boleh...)
lain result yang aku tunggu sebenarnya... aku tunggu result UPSR anak aku no 2... tapi yang kuar result aku plak... setahu aku kgkawan cakap 15hb... tapi nak wat macamana... dah kuar... hari nie senyum sampai leh wat roundbout... hahahahah... walaupun result aku yang kuar hati aku tetap berdedar-debar... tunggu keputusan kakak lah (anak no 2 tu lah...) mintak2 lah result dia dapat macam yang dia nak... dia beria sangat nak gi sekolah berasrama penuh atau pun MRSM... insya allah tercapai lah yer , kak... mama sentiasa doakan kebahagiaan dan kegembiraan anak2 mama... semoga anak2 mama dapat apa yang diimpikan dan menjadi manusia yang berjaya dan berguna kepada semua... insya allah... amin...


anak2 mama...
yang lelaki kanan sekali tu no 1... nama dia MUHAMMAD SYAFIQ a.k.a abang or kengkawan panggey ANELKA (pemain bola sepak abg cakap)... dah beso pun... dah tingkatan 1... tahun depan tingkatan 2 plak... tapi perangai... macam bebudak... suka mengikut kengkawan... pening jugak lah...
yang lelaki sebalah abang tu, MUHAMMAD SYABIL... baru 4 tahun tapi perggghhhhh!!!! sakit jiwa jugak dibuatnya... ada aje yang tak kena... kuat menangis... tension mama tau...banyak cakap pun yer... perasaan yang dia tu AARON AZIZ... ader ghuper ker?? hahahaha...
yang atas riba papa nyer plak... anak kesayangan papa nyer... susah nak dengar dia nie bercakap... kalo dia bercakap pun bunyi meaw kucing aje... peminat kucing... sampai kuncing kat umah nenek pun takut dengan dia kalo dia balik umah nenek dia... ganas tak??? hahahahha... nama dia NURUL SYABEELA... panggey BELLA or ADIK aje... anak manja papa nie...kalo ader papa dia... semua nyer tak kena... nak merenggek aje... keekadang naik tangan jugak mama dia biler papa dia tak nampak... hahahahah... kat adik tu lah papa dia... 
sebelah tu aku lah...hahahhaha... just a simple women behind this family...
sebelah aku tu... tu lah kakak... nama dia NURUL SYAFIQAH... panggil kakak or EIQA aje... dah besarkan... umur dia 12 tahun... orang kata sebijik rupa aku... tak tahu lah... dia nie hangin sikit... moody kekadang.. menyampah tau..

tu semua lah nyawa ku... 2 pasang yang aku dapat... alhamdulilah... mama sayang korang semua....

Thursday, November 8, 2012

BEDAK ARAB KOKURYU SUPER SUMMER CAKE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera u'ollsss...!!! (ada macam masa sekolah dulu tak???)
Today just (macam dalam Oh My English plak...)  nak promote satu produk yang memang aku sendiri pakai. Bedak Arab Kokunyu. Senang jerk cara nak pakainya...just basahkan span (lembap2 gitu mcm baju lembap) dan sapukan bedak ke muka. Tak yah dah pakai apa2 krim muka or foundation bagai...kompom leh tutup jerawat2, bekas2 jerawat, bintik2 hitam, jeragat2 yang ada kt muka. Serius memang cantik dan rata.... Tak yahlah sapu banyak sangat...just sapu sikit2 dan ratakan aje. Memang jimat. Selain tuh jugak dgn memakai bedak neh boleh mengecutkan jerawat yang ada kat permukaan muka dan yang paling-paling sangat penting, kalo berpeluh memang tak melekit dan tak ada kesan pada tudung (bagi yang bertudunglah macam saya nie... ) atau lekat pada tisu. Bedak neh kalau ikut harga asal RM68 - 70. Tapi, saya jual dengan harga RM65 (50gram) aje termasuk penghantaran (pos laju lah...) dan untuk RM40 (25gram)  termasuklah pos laju... kalo by hand saya bagi lah dengan harga RM60(50 gram) dan RM35 (25gram) aje... Sesiapa yang berminat bolehlah tempah dengan saya yer...Mesti kaum-kaum hawa nak cantik dan menawankan...?
Kat bawah neh aku attachkan gambar dan kelebihan bedak neh. Aku tak bubuh lah gambar aku sebelum dan selepas pakai... segan... akukan pemalu.. Tapi, sepanjang aku gunakan bedak neh...memang menawan arrr...(hahaha...terperasan kejab :p) Tp, mmg ramai cakap muka aku rata n bekas2 jerawat hilagn sikit demi sikit... Kira ok lah! Dan utk perhatian, aku tak mark-up langsung harga...Trust me…& don’t forget to try it ok.. selagi stok masih ada :) . Marilah mencuba wahai kaum HAWA sekali... meh sini kita cantik n menawan sesama...

INI UNTUK 50 GRAM

RM 65 (TERMASUK POS)

INI UNTUK 25 GRAM 




RM45 (TERMASUK POS)


WARNA-WARNA YANG ADA... PILIHLAH... 

WARNA-WARNA YANG FAMOUS DAN MENGIKUT KULIT ORANG ASIA

TESTIMONI PENGGUNA



Nampak tak perbezaan muka para pengguna??? best kan??? meh lah cuba... mesti tak akan merungut lagi muka tak sekata biler lepas make up....

jangan malu or segan pun... sila lah sms, call, viber, whatsapp saya nie... kompom saya leh tolong anda... tolong jual kepada anda lah.. cepat order...

MAI @ COMOT - 012- 6700594 
bbm pin
2760D0B6

Monday, November 5, 2012

MAMA's BEAUTY NATURAL COLLAGEN

SGSG  @ COMOT

 Apakah itu kolagen? 


Kolagen adalah sejenis protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan.Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal.Kulit menjadi berkedut. Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. 


LAPISAN KULIT MANUSIA
 

LAPISAN KULIT MANUSIA YANG SEMAKIN KENDUR

FUNGSI KOLAGEN KEPADA TUBUH BADAN KITA
 
# Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi), saluran darah, tendons dan gigi

# Terdapat beberapa jenis kolagen seperti kolagen I (kulit, tendon tulang, kornea (mata), II (rawan, tulang belakang), III (kulit fetal, jantung), IV (membran dasar).

#Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an.

# Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus pada rangka tubuh.

# Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara 
punca kedutan.

 




Antara kepentingan kolagen:
  1. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
  2. Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
  3. Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
  4. Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
  5. Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
  6. Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
  7. Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan

UNTUK PARA WANITA :
  • Memutihkan serta mencerahkan kulit dari dalam, muka dan badan
  • Meningkatkan daya metabolisme
  • Memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan
  • Penghasilan semula struktur sel badan
  • Penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus
  • Mengatasi masalah faraj longgar dan berair
  • Mengatasi masalah keputihan dan senggugut
  • Membantu menegangkan payudara dan mengangkat punggung
  • Menaikkan seri pada wajah dan awet muda
  • Membantu mengeratkan hubungan suami isteri
  • Mencantikkan payudara, pinggul,dan mengetatkan rahim
  • Memberikan tenaga dan pemulihan dalaman
  • Melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar
  • Menghilangkan kelesuan akibat kehilangan tenaga
  • Istimewa untuk kecantikan kulit, muka, bentuk badan yang menarik, rambut, kuku dan mata yang bersinar
UNTUK PARA LELAKI :
  • Menghilangkan kelesuan dan member sumberi tenaga yang lama
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes
  • Mengurangkan serangan dan kesakitan akibat migrain
  • Menambahkan kesegaran, tenaga dan meningkatkan kadar stamina
  • Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopous dan osteoporosis
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi dan diabetis 
  • Mengurangkan penyakit mata seperti katarak, kornea,rabun jauh 
TERDAPAT 2 GRED KOLAGEN YANG TERKENAL...
IBU KOLAGEN GRED AA

IBU KOLAGEN GRED AAA (TERBAIK)


GREAD AAA
GRED AA
       Diproses semulajadi
          Diproses sekali sahaja
          Khsiatnya lebih tinggi
         Bergaram
       Berbau

       Diproses secara stim   
       Diproses 3 kali
       Khsiatnya kurang sedikit daripada gred AAA
       Kurang garam
       Kurang bau



*Perhatian untuk mengurangkan bauh semasa memasak..man sarankan…seblm masak cuci dengan asam jawa…dan semasa masak…campurkan daun pandan…
PERHATIAN!!
WARNA PUTIH MACAM KERISTAL MELEKAT DI RUMPAI LAUT SEBENARNYA BUKAN KULAT….TETAPI ADALAH GARAM LAUT.  SEMAKIN LAMA RUMPAI LAUT  KERING TIDAK DIMASAK , IA AKAN MENGELUARKAN GARAM UNTUK MENGELAK SERANGAN BAKTERIA. 
CARA-CARA PENYEDIAAN IBU KOLAGEN




ANTARA PENGGUNA IBU KOLAGEN

KANDUNGAN RUMPAI LAUT

Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.


Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.





SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:

-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)



KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.
CARA PENGAMBILAN:

- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.

- Untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet Vitamin C.


 KEPADA SESIAPA YANG INGIN KELIHATAN MENARIK DAN SIHAT DALAMAN... MARILAH MENCUBANYA... KERANA SAYA PUN PENGGUNA KOLAGEN INI... SANGAT MEMUASKAN... 
JANGAN MALU ATAU SEGAN... TELEFON AJE SAYA...

IBU KOLAGEN GRED AAA (TERBAIK)


SEBUNGKUS IBU KOLAGEN GRED AAA (100 GRAM)
 RM 30 SHJ + pos laju RM 5
SEBERKAS IBU KOLAGEN GRED AAA YG SUDAH DIMASAK 
(50 GRAM) RM30 SHJ 
(seeloknya byhand... takut terjadi apa2 yang tak sepatutnya)

untuk order jangan malu dan segan untuk menelefon saya...
MAI 012 - 6700 594 
bbm pin plak...
2760D0B6